OTTAWA: Larangan kepada semua warga asing daripada membeli hartanah di Kanada berkuatkuasa semalam, dengan sasaran lebih banyak kediaman dapat disediakan untuk penduduk tempatan.

Beberapa pengecualian dalam larangan tersebut bagaimanapun membolehkan beberapa golongan, seperti pelarian dan pemastautin membeli kediaman di negara ini.

Pada penghujung Disember, Ottawa juga menjelaskan larangan itu hanya terpakai kepada kediaman di kawasan bandar dan bukannya untuk hartanah rekreasi seperti kotej musim panas.

Langkah sementara itu diusulkan oleh Perdana Menteri Justin Trudeau semasa kempen pilhan raya 2021 apabila harga hartanah melambung tinggi, menyebabkan pemilikan rumah menjadi keadaan luar jangka buat rakyat Kanada.

Pasaran utama seperti Vancouver dan Toronto juga memperkenalkan cukai terhadap bukan pemastautin serta rumah yang tidak didiami.

Menurut Persatuan Hartanah Kanada, purata harga rumah jatuh daripada harga tertinggi iaitu lebih Can$800,000 (RM2.6 juta) pada permulaan 2022 kepada Can$630,000 (RM2 juta) pada bulan lepas.

Dalam pada itu, kumpulan pakar hartanah pula berpendapat, larangan terhadap warga asing untuk membeli hartanah di negara ini tidak akan memberi kesan dalam menjadikan harga rumah lebih mampu milik buat rakyat Kanada.

Sebaliknya, mereka berpandangan, keperluan lebih tertumpu kepada pembinaan lebih banyak rumah bagi memenuhi permintaan yang tinggi. – AFP

The post Kanada larang warga asing beli rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *