CILEGON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan selepas tiga minggu dilaporkan hilang akibat diculik.

Lapor Kompas.com, Adrian Syafitri yang merupakan anak kedua pasangan Ardiansyah dan Niraya Syahrufina berjaya ditemui selepas dijadikan pengemis di Jakarta. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cilegon, AKP Muhammad Nandar memaklumkan, mangsa sebenarnya diculik oleh lelaki bernama Hendriyansyah yang juga saudara ibunya. 

“Suspek juga mengaku hidup seperti gelandangan bersama mangsa dan terpaksa berpindah-randah bagi mengelak diserbu pegawai. 

“Suspek akhirnya ditangkap ketika berada di pasar minggu,” katanya.

Ardiansyah mengakui sangat terkejut kerana tidak menyangka suspek sanggup melakukan perkara tersebut dan sangat bersyukur mangsa sempat diselamatkan.

Polis masih melakukan siasata lanjut berhubung kes tersebut dan suspek dilaporkan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun  kerana menculik kanak-kanak di bawah umur.

The post Kanak-kanak empat tahun diculik, jadi pengemis di Jakarta appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *