KANGAR: Kerusi Parlimen Kangar menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Penyandang kerusi itu, Noor Amin Ahmad (PH) bakal dicabar empat calon lain iaitu Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya (BN), Zakri Hassan (PN), Rohimi Shapiee (Warisan) dan Nur Sulaiman Zolkapli (GTA). 

Pengumuman calon tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Kangar, Ismasuhaimi Shariff di Dewan Warisan di sini hari ini.

Terdahulu, proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi sebelum  ditutup sejam kemudian.

Dalam PRU14, Amin memenangi kerusi Parlimen Kangar selepas memperolehi 20,999 undi sekali gus mengalahkan calon BN, Ramli Shariff (15,306 undi) dan Pas, Zahid Ibrahim (8,465 undi).

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bakal dicabar di DUN Bintong dalam saingan enam penjuru. Pencabar Azlan ialah Fakhrul Anwar Ismail (PN), Mohamad Khair Mohd Noor (Warisan), Mohd Shazwan Suban (GTA), Datuk Hashim Suboh (Bebas) dan Azhari Ahmad (PH).

MENEWASKAN

Azlan memenangi kerusi DUN Bintong pada PRU14 dengan mendapat  3,986 undi menewaskan calon PKR, Mokhtar Che Kassim (3,139 undi) dan Pas, Abd. Jamil Kamis (2,695 undi).

DUN Indera Kayangan pula bakal menyaksikan pertembungan setara membabitkan empat penjuru di mana penyandang kerusi itu, Gan Ay Ling (PH) akan dicabar oleh P. Pramoot (PN), Atan Jasin (Warisan) dan Lim Weng Khee (BN).

Ay Ling memenangi kerusi itu, pada PRU14 selepas mendapat sebanyak 3, 177 undi dan menewaskan calon Pas, Wan Hassan (1, 835 undi) dan BN, Chuah Tian Hee (1,846 undi)

Dalam pada itu, kerusi DUN Kuala Perlis dijangka sengit apabila berlaku pertembungan lima penjuru membabitkan penyandang kerusi itu, Nor Azam Karap (PH), bersama Kamaruddin Malik (BN), Abu Bakar Hamzah (PN), Muhamad Hairi Noordin (Warisan) dan seorang wakil Bebas, Datuk Azhar Ahmad.

Pada PRU14, Azam memenangi kerusi itu selepas mendapat  4,253 undi sekali gus menewaskan calon BN, Azam Rashid (2, 999 undi) dan Pas, Mohamad Fuat Abu Bakar (1,066 undi). 

DUN KAYANG

Selain itu, kerusi DUN Kayang pula menyaksikan penyandang kerusi itu, Hamizan Hassan (BN) akan berhadapan pertembungan empat penjuru membabitkan Asrul Aimran Abd. Jalil (PN), Khairuddin Abdullah (Warisan) dan Wan Kharizal Wan Khazim (PH)

Dalam pada itu, DUN Sena memperlihatkan pertembungan empat penjuru membabitkan penyandangnya, Asrul Nizan Abd. Jalil (PH), bersama Marzita Mansor (PN), Saiful Daniel Mohd Yusof (BN) dan Mohd. Faizal Yunus (GTA)

Asrul pada PRU14 memenangi kerusi itu dengan mendapat 4,177 undi menerusi pertembungan tiga penjuru melawan calon BN, Azihani Ali (3,863 undi) dan Pas, Fakhrul Anwar Ismail (1,888 undi).- UTUSAN

The post Kangar lima penjuru, kerusi MB di Bintong dicabar lima calon lain appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *