Sebenarnya, sudah lama Cik Bunga dengar mengenai perkhabaran pelakon Julia Farhana Marin  ini yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Jangan tanya dari mana Cik Bunga dapat tahu, rahsia! Okey, setahu Cik Bunga, Julia pun memang seorang artis yang sangat menjaga hal peribadinya dan sebelum ini jarang ada cerita tidak baik mengenai dirinya diperkatakan ramai.

Cuma, dalam nak ‘keep it low’, tak sangkalah juga, bila nak dekat tarikh perkahwinan, ada perkara yang meledak macam bom atom.

Tak perlulah kita nak berteka-teki sebabnya, ramai dah tahu siapa bakal suami Julia. Lelaki tersebut ialah bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. 

Bagi Cik Bunga, tak ada masalah pun kalau Julia pilih Hafiz sebagai bakal suaminya sebab sudah lama perceraian antara Hafiz dan Lufya berlaku. Sudah tiga tahun berlalu. 

Tetapi, baru-baru ini, kononnya berlaku ‘peperangan tiga penjuru’ antara mereka. Salah faham yang kemudiannya menyebabkan Julia pun terpaksa bersuara di media sosial untuk menegakkan kebenarannya.

Cik Bunga pun tak pasti macam mana ‘peperangan’ itu boleh bermula. Tahu-tahu sahaja, Hafiz dan Julia mula bersuara di Instagram masing-masing. Seolah-olah mereka cuba mematahkan tohmahan daripada satu pihak lain.

Bertabahlah Julia. Mungkin ini dinamakan sebagai dugaan orang nak berkahwin. Cik Bunga dapat rasakan Julia ini wanita yang baik. Dia boleh menerima masa lalu Hafiz, itu sudah cukup baik.

Bila Julia kata dia pun boleh menerima anak hasil perkahwinan Hafiz dan Lufya iaitu Laana Haura dengan ikhlas, itu pun sudah cukup mulia. Bukan senang nak terima anak orang lain jadi sebahagian daripada hidup kita. Ia menuntut hati yang besar dan penuh dengan kasih sayang, betul tak?

Cik Bunga harap konflik yang berlaku antara ketiga-tiga mereka segera terpadam. Bukan apa, masing-masing pun tentunya nak pandang ke hadapan. Tak ada orang yang nak dibelenggu dengan masa silam. 

The post Kasihan Julia Farhana  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *