SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini menampakkan kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk kos makananan dan barang dapur. Kos sara hidup semakin meningkat akibat

dan menjadi lebih mencabar berikutan pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kualiti hidup seharian kita semua.

Tahun ini menyaksikan peningkatan kadar inflasi yang tinggi dan kenaikan harga dijangka berterusan sehingga tahun depan pada kadar inflasi diramalkan antara 2.8 dan 3.3 peratus.

Tempoh kenaikan harga dan kadar peningkatan inflasi sukar diramal dan fenomena ini akan terus menjejaskan kuasa perbelanjaan kita. Justeru, kita dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah sambil menangguhkan perbelanjaan lain seperti hiburan dan percutian.

Untuk menghadapi tempoh peningkatan harga, kita perlu mengemaskini perancangan belanjawan untuk isi rumah. Namun, ini tidak bermaksud kita harus mengorbankan kualiti hidup. Keadaan semasa yang membimbangkan berserta masa depan tidak menentu sudah pasti mengajar kita untuk mula mempraktikkan beberapa tabiat harian yang mampu membantu menangani kenaikan harga akibat inflasi.

Antaranya:
1. Rancang keperluan makanan dan barangan dapur sebelum membeli. Jika anda biasanya memasak atau ingin mula memasak di rumah untuk menjimatkan duit, boleh merancang menu mingguan untuk penjimatan masa dan duit yang lebih efisien kerana ia dapat mengelakkan perbelanjaan tidak diperlukan.

Sebelum ke kedai, senaraikan barangan yang diperlukan. Bagi mereka yang bujang, boleh ke kedai bersama-sama rakan lalu merancang berkongsi barangan dapur.

2. Jimat tenaga elektrik dengan memupuk tabiat baik. Amalan mudah seperti mematikan suis dan mencabut plag peralatan rumah yang tidak digunakan mampu menghasilkan perubahan ketara pada bil elektrik. Untuk penjimatan tenaga yang lebih, anda boleh menukar peralatan lama kepada peralatan baharu.

3. Pasang penapis air untuk rumah anda. Pemasangan sistem penapisan air di rumah bukan sekadar mengalirkan air yang bersih melalui paip, ia turut mendatangkan banyak lagi manfaat. Pengguna dapat menikmati banyak penjimatan apabila penapis air point-of-entry (POE) dipasangkan di rumah. Penapis jenis ini dapat mengurangkan pembaziran air dan penggunaan tenaga elektrik.-UTUSAN

KOO ZAO CHEONG
Pengurus Pembangunan
Perniagaan Waterco Malaysia

The post Kawal kos sara hidup dengan tabiat harian yang mudah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *