KUCHING: Paras air banjir di Kampung Bulau, Batu Niah, Miri dalam keadaan terkawal dan setakat pagi ini anggaran kedalaman air adalah dua meter.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sebuah jambatan gantung yang menghubungi laluan penduduk telah ditenggelami air.

Katanya, setakat ini hanya sebuah keluarga dengan tujuh orang penghuni telah dipindahkan ke rumah saudara mereka.

Malam tadi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan berkaitan kejadian banjir di Kampung Bulan, Batu Niah dan mengerahkan pasukannya ke lokasi.

Jurucakap itu berkata pasukan penyelamat Bomba menghadapi kesukaran ke lokasi kerana jalan sempit dihalang oleh kenderaan yang diparkirkan di tepi jalan.

Tambahnya, beberapa buah rumah telah ditengelami air dan paras air setinggi hampir satu meter.

Katanya, sebuah keluarga dengan tujuh penghuni telah dipindahkan ke rumah saudara dengan menggunakan bot penyelamat.

Setakat ini tiada pusat pemindahan banjir dibuka.

Sementara itu, rondaan dan pemantauan di kawasan berisko banjir oleh pasukan Bomba dari BBP Samalaju di Bintulu malam tadi sehingga pagi ini di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju mendapati paras air meningkar dan terdapat kawasan dan jalan ditenggelami air.

Sementara itu, keadaan air masih dalam keadaan terkawal di Rumah Panjang, Jalan Pan Borneo dan Kampung Kuala Nyalau, Sibu.

Pamantauan oleh pasukan dari BBP Kanowit di Jalan Lukut Penyulau, Kanowit mendapati trend air surut, sebahagian jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil tetapi cuaca di lokasi bertambah baik.

Pemantauan di Jalan Mission, Kanowit mendapati air banjir naik satu kaki, manakala di kawasan lain sekitar Sibu beransur surut, di Bintangor, Kapit dan Serian mendapati beberapa kawasan dinaiki naik tetapi keadaan terkawal.

The post Keadaan banjir di sekitar Sarawak terkawal appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *