PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan berlaku pergolakan politik Sabah ketika ini membabitkan cubaan menggulingkan pentadbiran sedia ada kerajaan negeri.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menghubungi pemimpin Parti Warisan (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) berhubung perkara itu yang mana beberapa isu dibincangkan. 

“Saya telah hubungi semua, Datuk Seri Hajiji Noor (Ketua Menteri), Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Warisan) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah).

“Malah perbincangan dilakukan dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN) dan Anthony Loke ( Setiausaha Agung DAP).

“Nampaknya keadaan tenang sementara ini dan fikir tiada apa-apa gejolak yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

 

The post Keadaan tenang di Sabah – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *