ISKANDAR PUTERI: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamer aksi lima bintang ketika membelasah Kelantan FC 5-0 pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2022, sekali gus menjadi pasukan pertama melangkah ke separuh secara agregat 8-0.

Mesin gol JDT, Bergson Da Silva muncul wira apabila meledak jaringan hatrik pada separuh masa pertama untuk meletakkan pasukan pada kedudukan selesa.

Bergson yang diangkat sebagai salah seorang daripada lima penyerang paling berbisa di dunia oleh media antarabangsa, Ge.global membuka jaringan pada minit ke-12.

Penyerang kelahiran Brazil itu bijak melepasi kawalan pertahanan lawan lalu melepaskan rembatan deras ke penjuru kiri gawang membuatkan penjaga gol, Ahmad Solehin Mamat hanya mampu terpaku.

It’s an 8-0 aggregate win

More photos at https://t.co/phDmaYFNjV#JDTvKEL#TMPialaMalaysia2022#WorldChildrensDay#ForEveryChild#JDTSupportsUNICEF#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/hdj1yvP8FN

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 11, 2022

Bergson menambah jaringan Harimau Selatan pada minit ke-33 menerusi sepakan bebas yang melepasi jangkauan Ahmad Solehin.

Pada minit ke-36, penyerang berusia 31 tahun itu melengkapkan jaringan hatrik dengan menghukum kesilapan pemain pertahanan yang gagal membuang bola dari zon bahaya apabila melepaskan rembatan kencang ke penjuru kanan gol.

PENYERANG JDT, Bergson Da Silva berjaya mengawal bola daripada dirampas pemain pertahanan Kelantan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Pada minit ke-40, pemain pertahanan JDT, Syahmi Safari turut memahat nama dalam senarai penjaring menerusi sepakan voli yang dilakukan di luar kotak penalti.

Di hujung babak pertama, Nazmi Faiz menambah derita Kelantan apabila mengambil kesempatan atas kekeliruan di atas padang dengan merampas bola sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gawang.

Bersambung babak kedua, JDT yang sedar bahawa sudah tertutup peluang buat pihak lawan untuk bangkit, Bidoglio mula mengendurkan serangan ke arah kawasan lawan.

Pengendali kelahiran Argentina itu turut mula merehatkan pemain dan memberikan minit permainan kepada pemain simpanan setelah berada selesa di hadapan.

Walaupun ada beberapa peluang untuk mencipta jaringan, namun tidak ada pertambahan gol yang dilakukan oleh pasukan JDT.

Hasrat Kelantan untuk sekurang-kurangnya memperoleh gol saguhati juga tidak kesampaian setelah Farizal mengekalkan rekod ‘clean sheet’ bagi saingan Piala Malaysia musim ini. – UTUSAN ONLINE

The post Kelantan bukan tandingan JDT appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *