KULAI: Seorang warga emas berusia 81 tahun  hilang sejak seminggu lalu selepas keluar rumah  keluarganya di Ayer Bemban, di sini.

Anaknya, Chan Chun Hsin, 55, berkata, bapanya, Chan Siew Chin keluar rumah pada pukul 9 pagi, 19 Oktober lalu dengan menaiki motosikal menuju ke kebun sawit miliknya di kawasan berhampiran.

Kebiasaannya, warga emas tersebut akan menghabiskan masa kira-kira 30 minit sehingga satu jam sebelum pulang semula.

“Tetapi pada hari tersebut, dia tidak pulang menyebabkan kami sekeluarga bimbang.

“Kami terus mencarinya di kawasan kebun sawit dan juga kawasan sekitar tetapi dia gagal ditemukan. Keesokan harinya kami terus membuat laporan polis,” katanya.

Kata Chun Hsin, kali terakhir dia dilihat dengan memakai baju lengan panjang berwarna oren dan berseluar hitam. 

“Dia sihat cuma sedikit pelupa dan tidak pernah hilang sebelum ini,” katanya. 

Orang ramai  yang mempunyai  maklumat tentang Siew Chin diminta menghubungi talian 016-7414828 atau 019-7122178.- UTUSAN

The post Keluarga minta bantuan kesan warga emas hilang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *