KOTA KINABALU: Pertemuan pemimpin-pemimpin parti bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum berjaya menamatkan kemelut politik yang berlaku di Sabah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertemuan yang dilakukan bersama BN belum mencapai kata putus kerana Perdana Menteri masih perlu bertemu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, Anwar bertindak sebagai perunding untuk membantu meleraikan kemelut yang berlaku, namun, pemimpin Sabah yang membuat keputusan.

“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berjumpa dengan kita untuk bincangkan isu-isu kemelut politik negeri Sabah dan kita serahkan pandangan-pandangan kita,” katanya selepas pertemuan bersama Perdana Menteri di sebuah hotel terkemuka malam semalam.

Bung Moktar berkata, Anwar akan berbincang bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terlebih dahulu bagi mendapatkan hasil perbincangan tersebut.

Bagaimanapun, beliau sentiasa positif dengan hasil perbincangan itu demi kemakmuran rakyat dan negeri Sabah.

Mengenai persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, beliau berkata, tunggu dan lihat berdasarkan keadaan.-UTUSAN

The post Kemelut politik belum tamat, tiada kata putus- Bung Moktar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *