DAMANSARA: “Keperluan asas penduduk terutamanya Flat Pelangi Damansara akan diutamakan sekiranya saya dipilih sebagai ahli Parlimen kawasan ini.”

Itu janji Lim Si Ching, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen amansara.

Menurutnya, hasrat itu bukan janji lagi tetapi sesuatu yang wajib dilaksanakan bagi penduduk kawasan terlibat kerana satu blok hanya satu lif yang berfungsi ketika ini.

“Bagaimana penduduk mahu menggunakannya waktu pergi ke kerja atau waktu kecemasan.

“Sasaran 100 hari pertama sekiranya saya memenangi kawasan ini adalah menyediakan semua keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat, saya menyedari keperluan mereka selepas mendengar rintihan dan maklumbalas penduduk.

“Masalah paling utama yang dapat dilihat adalah masalah lif yang sentiasa rosak, gril serta tangga batu pecah yang menyebabkan keselamatan yang tua mahupun muda terancam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Flat Pelangi Damansara.

Lim Si Ching berkata, berkemungkinan beliau (Tony Pua) tidak bertanding pada PRU ini kerana perkara asas seperti menjaga keperluan penduduk kawasan ini pun tidak dapat dilakukan.

“Saya juga akan menumpukan secara keseluruhan kepada komuniti lokal di mana dengan membantu menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas dan isu pejalan kaki.

“Bagi kawasan ini, saya akan mendesak lebih banyak pengangkutan awam disediakan serta bas percuma dan tambang kereta api lebih murah dan laluan yang mesra pejalan kaki dibuat,” katanya.

Beliau berkata, anak muda bertenaga, penuh dengan idea dan mempunyai visi tersendiri, belum cuba belum tahu jadi beri peluang kepada anak muda untuk membuktikan keupayaan kami. –UTUSAN

The post Keperluan asas diutamakan dalam masa 100 hari kemenangan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *