HONIARA: Satu amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon.

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tersebut selepas gempa bumi menggegarkan Malango di Kepulauan Solomon pada pukul 1.3 petang waktu tempatan.

Tidak lama kemudian, gempa bumi kedua yang berukuran 6.0 Richter melanda kawasan sama dan diikuti lima gempa susulan dalam tempih 90 minit.

Pusat gempa 7.0 Richter itu direkodkan kira-kira 56 kilometer ke barat daya Honiara.

Dalam pada itu, Australia memaklumkan negara itu tidak mengeluarkan amaran tsunami, namun masih mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak berkuasa Kepulauan Solomon juga menjangkakan tiada tsunami akan berlaku, namun tidak menolak paras air laut sedikit meningkat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai sehingga keadaan kembali stabil.

The post Kepulauan Solomon digegarkan gempa 7.0 Richter, amaran tsunami dikeluarkan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *