PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun ini akan dikeluarkan pada 20 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan peperiksaan itu dapat disemak secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Selain itu, ia boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPMU dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Waktu semakan keputusan peperiksaan SPMU adalah mulai 10 pagi pada 20 Oktober sehingga enam petang pada 26 Oktober ini. – UTUSAN

 

 

The post Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan dikeluarkan 20 Oktober appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *