KUALA LUMPUR:  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat bersabar dalam kemelut politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Titah baginda, kerajaan sementara ketika ini masih berjalan seperti biasa.

“Harap semua bersabar dan bertenang. Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan.

“Semua boleh rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika berkenan bertemu dan menyampaikan bungkusan makanan kepada pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara kira-kira pukul 1.37 petang ini. 

Terdahulu, dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang esok. – UTUSAN

 

The post Kerajaan caretaker masih berjalan – Agong appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *