PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasar raya di negara ini bagi membantu golongan B40.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerjasama itu bagi menjayakan satu program baharu iaitu Bakul Rahmah (Kasih Sayang) khas untuk mereka yang paling memerlukan bantuan.

“Saya akan susuli pertemuan dengan beberapa lagi pemain-pemain industri seperti Giant, NSK dan lain-lain selepas ini.

“Semoga segala usaha dan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian  dalam keadaan ekonomi dunia yang agar mencabar ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memuat naik gambar pertemuannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speedmart, Lee Thiam Wah.

Katanya, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dalam mengendalikan isu kos sara hidup.

“Tetapi pada saya, mana yang kita boleh lakukan dahulu, kita jalan dahulu,” katanya. – UTUSAN

 

The post Kerajaan jalin kerjasama dengan pasar raya bantu golongan B40 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *