PETALING JAYA: Cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya diwujudkan kerajaan perpaduan adalah penyelesaian terbaik buat masa ini bagi memilih perdana Menteri.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata, mereka terbuka untuk menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, cara terbabit ialah jalan terbabit menyelesaikan kemelut pelantikan perdana menteri, ketika ini.

“Berikutan kebuntuan politik yang sedang dihadapi rakyat dan mempertimbang cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan kerajaan perpaduan. Ini jalan penyelesaian terbaik buat masa ini,

“Bagi kami dalam STAR, kami terbuka untuk menyokong kerajaan perpaduan,” katanya.

Menurut Jeffery, negara perlu bergerak ke hadapan mekanisme kerajaan perpaduan juga harus diwujudkan dengan jelas supaya ia berfungsi dengan cekap.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, jika mahu kerajaan perpaduan itu berfungsi dengan baik, ia mesti bersifat inklusif dan membabitkan pemimpin Sabah dan Sarawak.

“Negara perlu maju ke hadapan. Bagi berbuat demikian, kita mesti mempunyai kestabilan,” katanya. – UTUSAN

The post Kerajaan perpaduan penyelesaian terbaik – Jeffrey Kitingan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *