BANDAR BAHARU: Sepasang suami isteri bernasib baik terselamat dalam kejadian  kereta dinaiki mereka dihempap  pokok tumbang di Jalan Terap, Sungai Tengas, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Faiz Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 pagi yang memaklumkan terdapat  sebuah kereta dihempap pokok.

“Setibanya di tempat kejadian, pokok dianggarkan sebesar sepemeluk orang dewasa tumbang melintang jalan dan menghempap kereta Proton Wira Aeroback yang melalui tempat kejadian.

“Kereta tersebut semasa itu  dari arah Kampung Sungai Tengas menuju ke Kampung Terap,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau, kereta tersebut dipandu  lelaki berusia 51 tahun dan membawa isterinya yang berusia 58 tahun.

Kata Mohd. Faiz, pasukan bomba menggunakan  gergaji berantai, cutter dan spreader hydraulic untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Mangsa kemudian diberikan rawatan awal di tempat kejadian dengan  penumpang wanita patah pergelangan tangan kanan manakala pemandu hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Kata, kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim dengan Jentera EMRS untuk rawatan ldan operasi tamat pada pukul 9.24 pagi.- UTUSAN

 

The post Kereta dihempap pokok besar, suami isteri cedera appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *