LANGKAWI: Kerja-kerja pengerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang Kuala Kedah ke Pulau Langkawi, di sini siap sepenuhnya hujung tahun lalu.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya kini telah menambah kekerapan perjalanan feri bagi laluan tersebut.

“Jadual pelayaran laluan Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 7 petang setiap hari bermula 9 Januari ini.

“Bagaimanapun, jadual pelayaran itu akan berubah sekiranya paras air laut mencecah satu meter dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Baharin, pihak konsortium juga akan menambah perjalanan feri mengikut keperluan terutamanya pada hari kelepasan am dan cuti sekolah.

“Jadual pelayaran laluan tersebut melibatkan lima perjalanan bagi setiap arah. Bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah masa pelayaran adalah pukul 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang,” katanya.

Sementara itu, bagi laluan dari Kuala Kedah ke sini pula adalah pada pukul 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang. –UTUSAN

The post Kerja pengerukan alur pelayaran Kuala Kedah selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *