GEORGE TOWN: Selepas pengeluaran susu Farm Fresh Grow, susu rumusan yang khusus untuk anak-anak berusia satu tahun ke atas, Farm Fresh kini mengumumkan kerjasama mereka dengan Flexigo Trip Sdn. Bhd., Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang dan LTS Academia.

Kerjasama yang turut disertai Persatuan Majikan Pusat Pendidikan Malaysia dan SIM Education Group yang keseluruhannya merangkumi lebih 100 institusi pendidikan termasuk tadika, pusat tuisyen, dan taska di sekitar Pulau Pinang dan berdekatan adalah untuk bersama-sama dalam mendidik anak-anak tentang kebaikan minum susu dan untuk mengedar susu Farm Fresh Grow sebagai pilihan susu yang lebih berkhasiat.

Seramai lebih kurang 10,000 jumlah kanak-kanak akan mendapat manfaat daripada kerjasama itu.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, kerjasama itu akan memastikan ibu bapa diberi didikan tentang kebaikan susu dan cara menyemak label sebelum susu diberikan kepada anak-anak.

“Anak-anak juga bakal menikmati khasiat tenusu asli yang diperkaya dengan nutrisi penting untuk tumbesaran. Farm Fresh Grow diperbuat dengan tenusu lembu semula jadi, dan diperkaya dengan DHA, Inulin, Protein, Kalsium, dan 22 Vitamin dan Mineral.

“Kerjasama ini saya harap boleh kita kembangkan ke seluruh Malaysia, untuk memastikan semua anak-anak dari prasekolah mendapat manfaat kebaikan susu. Susu Farm Fresh Grow ini diperbuat dengan tenusu lembu asli, dan diperkaya dengan nutrisi penting untuk anak-anak berusia satu tahun ke atas. Saya juga nak ingatkan ibu ayah untuk jaga pemakanan dan diet anak-anak sejak kecil kerana tahun-tahun awal ini merupakan tahun yang paling penting untuk sistem imuniti dan tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui di Queensbay Mall.

Dengan format terbaharu susu rumusan yang sedia diminum, ibu bapa juga tidak perlu risau tentang penyediaan susu untuk anak-anak malah susu Farm Fresh Grow boleh dibekalkan kepada anak-anak berserta sarapan atau makanan tengah hari yang disediakan untuk mereka setiap hari dan sesuai diminum di sekolah tanpa perlu dibancuh seperti susu formula biasa.

“Senang dan memudahkan ibu ayah, dah tak perlu lagi untuk kita pening fikir macam mana nak bagi susu pada anak-anak. Sekalikan Farm Fresh Grow dengan bekal anak-anak dan ajar anak-anak minum. Ini bukan hanya susu segar, Farm Fresh Grow adalah susu segar yang ditambah dengan hanya khasiat seperti vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Sekarang ibu ayah tak perlu risau lagi tentang kandungan dalam susu formula kerana Farm Fresh Grow mengandungi hanya khasiat yang semuanya baik.

“Kolaborasi ini akan membolehkan anak-anak di tadika, pusat pendidikan, taska dan pusat tuisyen di bawah persatuan kami untuk menikmati susu Farm Fresh Grow, yang mengandungi khasiat yang baik dan penuh dengan kebaikan nutrisi yang membantu tumbesaran anak-anak,” kata Dr. Lim Beng Suat, Presiden Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang.

“Kami berasa sangat berbangga kerana dapat berkolaborasi bersama Farm Fresh Berhad, dan dapat memberi susu yang bukan sahaja berkhasiat, malah sangat enak untuk anak-anak,” kata Dr. Lee Eng Hwa, Presiden Persatuan Majikan Pusat Pendidikan Malaysia.

Mengenai Farm Fresh Berhad

Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. kini menawarkan lebih daripada 135 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, jem buah-buahan dan sos.
Program Home Dealer yang dimulakan oleh Azmi Zainal untuk memberi peluang perniagaan kepada usahawan kecil pada 2016 juga kini telah berkembang kepada 45 stokis, 900 home dealer dan 1,772 ejen yang membantu Farm Fresh Berhad menjual produk melalui pelbagai saluran pengedaran di seluruh Malaysia, dan membantu syarikat untuk menjual kepada pelanggan dari segenap lapisan.

Susu Rumusan UHT Farm Fresh Grow boleh dibeli dari 99 Speedmart atau Jaya Grocer, atau dari stokis berdekatan anda melalui https://bit.ly/3E90ApG!

Anda juga boleh langgan Farm Fresh Grow sehingga 6 bulan melalui Subplace.com di sini https://subplace.com/brand/farmfresh

Untuk maklumat lanjut mengenai Farm Fresh, layari https://www.farmfresh.com.my/

The post Kerjasama Farm Fresh demi masa depan anak-anak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *