GOMBAK: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani menafikan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dihubungi beliau dalam satu ceramahnya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, dakwaan berhubung dakwaan terbabit sama sekali tidak benar.

Bagaimanapun katanya, tiada apa-apa tindakan diambil pihaknya setakat ini.

“Saya ada terlihat video kenyataan beliau (Anwar) dan boleh sahkan ia sesekali tidak benar.

“Mungkin ia tersalah cakap oleh beliau, dalam keadaan berkempen perkara-perkara di luar daripada perancangan atau pertuturan seumpamanya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Semalam tular video kenyataan Anwar dalam satu ceramah ketika berkempen yang mendakwa telah dihubungi KPN mengarahkan beliau bersedia.

Ini susulan dakwaannya bahawa PH telah mendapat majoriti 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.

“Semalam saya di Kangar, Kuantan, Shah Alam, Bandar Tun Razak, Titiwangsa.. Dengar-dengar keputusan, PH telah mencecah 112.

“Maka, Ketua Polis Negara terus hubungi minta siap sedia, mudah-mudahan insyaAllah, kita angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu,” dakwanya. – UTUSAN

The post Ketua Polis Negara nafi hubungi Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *