MELAKA: Bekas Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk penggal 2023-2026.

Khairy yang bertanding sebagai Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PLBNS) meraih 33 undi dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi badan induk itu hari ini dan menduduki tempat kelima dalam persaingan 10 penjuru itu.

Khairy bakal bekerjasama dengan empat lagi Naib Presiden antaranya Datuk Amarjit Singh yang meraih 71 undian, Mohd Saiful Abdul Jalil dengan 54 undian, Dr Zaim Ahmad dengan 46 undian serta Norazman Abu Samah yang memperoleh 42 undian.

Kejutan terbesar adalah membabitkan pemilihan Timbalan Presiden apabila Mazlan Md Jalil berjaya mengatasi penyandang, Yunus Ibrahim dengan memperoleh 45 undian.

Jawatan presiden pula kekal milik Datuk Abu Samah Abdul Wahab sejak menyandang jawatan itu pada 1990.

The post Khairy diangkat menjadi Naib Presiden PKBM yang baru appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *