KOTA BHARU: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terbuka untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berdasarkan kepada arahan yang bakal diputuskan oleh pucuk kepemimpinan parti.

Khairy berkata, sebagai ahli parti, beliau bersedia dan akur kepada arahan yang ditentukan oleh pucuk kepemimpinan nanti.

“Setakat ini, tawaran yang diterima daripada pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi oleh saya pada PRU15 nanti,” katanya semasa menjawab soalan daripada pemberita mengenai kerusi yang akan ditandingi pada PRU15 selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Pada PRU14 lepas, Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya dari parti Pas dan PKR dengan memperoleh 36,096 undi.

Ahli Parlimen Rembau sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding di Parlimen Port Dickson, Seremban dan Alor Setar termasuklah Tampin.

Khairy terpaksa meninggalkan kerusi itu selepas Timbalan Presiden Datuk Mohamed Hassan didakwa mahu bertanding di Rembau. –UTUSAN

 

 

The post Khairy sedia terima mana-mana kerusi Parlimen appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *