JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1, Pasir Gudang.

Mohamed Khaled ditemani anaknya, Akmal Saufi tiba di  sekolah berkenaan pada pukul 8.10 pagi dan selesai menjalankan tanggungjawab kira-kira setengah jam kemudian.

Ketika ditemui, beliau menjangkakan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi walaupun kebanyakan tempat mengalami hujan sejak awal pagi ini.

Beliau yang juga calon di Parlimen Kota Tinggi yakin pengundi akan membuat pilihan bijak dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara.

“Biarpun berdepan cuaca hujan tetapi ia tidak menghalang pengundi keluar. Dan saya percaya peratusan keluar mungkin tinggi jika ini trend yang kita dapat lihat.

“BN sudah berkempen dua minggu, kita menggunakan ‘track record’ kita dan perancangan untuk masa depan. Insya-Allah, saya pasti rakyat akan memberi sokongan kepada BN.

“Saya percaya semangat jentera parti sangat tinggi untuk membantu memenangkan parti pada PRU15 ini,” katanya. –UTUSAN

The post Khaled mengundi di SK Taman Rinting 1 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *