DOHA: Pengadil yang mencetuskan kontroversi di Piala Dunia 2022, Antonio Mateu Lahoz tidak akan bertugas dalam perlawanan selepas ini berikutan khidmatnya ditamatkan.

Pengadil dari Sepanyol itu sebelum ini mengadili pertembungan suku akhir antara Argentina dengan Belanda yang mencetuskan ketegangan.

Meskipun Argentina menang dalam penentuan sepakan penalti, terdapat banyak aduan yang dilontarkan kepada Lahoz mengenai kualiti pengadilannya.

Dalam pertemuan yang mengundang permainan kasar dan ketegangan itu, Lahoz telah mengeluarkan 17 kad ku­ning, termasuk kepada pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries yang diarahkan keluar padang.

Bukan itu sahaja, seorang lagi pemain skuad Oranje, Wout Weghorst yang menja­ringkan dua gol pasukannya, turut dilayangkan kad kuning.

Messi turut menyuarakan aduannya mengenai prestasi pengadil terbabit dengan me­ngatakan perlawanan tersebut tidak sepatutnya berakhir se­perti yang telah terjadi.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil, tetapi ramai orang yang melihat apa yang telah dilakukannya. Ka­mi sendiri takut sebelum perlawanan kerana kami tahu siapa dia dan saya rasa FIFA perlu menyemak perkara ini.

“Anda tidak boleh meletakkan pengadil sepertinya untuk perlawanan Piala Dunia,” katanya.

Sementara penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez turut mengkritik sikap Lahoz dalam perlawanan itu. – Agensi/UTUSAN

The post Khidmat Lahoz ditamatkan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *