KUALA LUMPUR: Penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara kerusi berkenaan akan diambil alih oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan buat kali pertama bertanding di peringkat Parlimen.

Mohamad sebelum ini bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sejak 2004 dan memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004.

Dijangka, Khairy akan bertembung dengan calon Pakatan Harapan iaitu Datuk R. Ramanan. – UTUSAN

The post KJ bertanding Sungai Buloh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *