PETALING JAYA: Juara dunia snuker 2022, Lim Kok Leong bakal menerima imbuhan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan bergelar juara Kejohanan Snuker Amatur Dunia di Antalya, Turkiye, Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin yang menjelaskan Kok Leong layak menerima ganjaran di ba­wah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Juara kebangsan 2022 itu me­ngenepikan pencabar dari Iran, Amir Sarkosh dengan keputusan 5-0 (68-63, 67-42, 78-0, 80-7, 73-54) dalam perlawanan akhir.

“Dia layak terima SHAKAM dan jika tidak silap Kok Leong akan dapat kira-kira RM20,000 hasil kejayaannya itu,” kata Jefri yang ditemui ketika Perhimpunan Atlet Fasa 1 Sukan SEA Kemboja 2023, di MSN Bukit Jalil ­kelmarin.

Bagaimanapun Jefri menjelaskan untuk Kok Leong diberikan elaun seperti atlet kebangsaan yang lain, dia perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu menyertai program secara sepenuh masa

MSN sebelum ini pernah menawarkan peluang itu buat Kok Leong dan barisan pemain snuker kebangsaan yang lain, bagaimanapun kebanyakan mereka sukar memberikan komitmen kerana mempunyai pekerjaan tetap.

The post Kok Leong terima imbuhan RM20,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *