KUALA LUMPUR : Penganjuran konsert Sabyan & Seventeen yang dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, ditunda ke November ini.

Ia diumumkan wakil penganjur, RR Brothers Studio, Jimmy Edward yang memutuskan untuk menangguhkan penganjuran konsert tersebut berikutan faktor masa dan durasi yang agak pendek untuk artis membuat persediaan.

Selain itu, kata Jimmy, penundaan itu juga berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan berlangsung kelak.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah membantu menguar-uarkan berita tentang konsert ini sebelum ini.

“Nantikan pengumuman tarikh baru untuk konsert ini kelak,”katanya.

The post Konsert Sabyan & Seventeen ditunda November appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *