JAKARTA: Seorang pengguna Twitter yang berasal dari Britain memohon maaf dalam media sosial itu selepas dia menyifatkan kemeja batik yang dipakai para pemimpin semasa sidang kemuncak G20 di Bali sebagai ‘baju bodoh’.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Mahyar Tousi itu kemudiannya memadam ciapan tersebut, namun sejumlah pengguna Twitter Indonesia sempat tangkap layar ciapan tersebut.

Disebabkan ciapan itu, Tousi memberitahu dia menerima banyak ancaman bunuh daripada rakyat Indonesia, termasuk amaran daripada pegawai kerajaan negara ini.

Menerusi penjelasannya, Tousi memaklumkan, dia hanya berniat mengkritik Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan rakann sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeu, bukannya pakaian terbabit.

Katanya, kritikan terhadap pemimpin di Britain merupakan ‘perkara biasa’ yang sering dilakukan oleh rakyat negara itu.

“Saya tidak mempunyai niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutamanya rakyat Indonesia.

“Ciapan itu saya tujukan kepada Sunak dan Trudeau, bukannya memburukkan Indonesia,” ujarnya.

Selain itu, Tousi juga membuat permohonan maaf berhubung ciapan tersebut.

The post Kritik baju batik dipakai pemimpin G20, pengguna Twitter diancam bunuh rakyat Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *