NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala ramai lagi cedera selepas mereka terjatuh ke dalam longkang akibat rempuhan semasa jelajah politik di Andhra Pradesh semalam.

Bekas Ketua Menteri dan ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.

Lapor media tempatan, terdapat beberapa insiden pergaduhan hingga membawa kepada insiden kekecohan sehingga menyebabkan rempuhan.

Parti Telugu Desam (TDP) Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga mangsa yang terkorban.

“Kematian penyokong TDP adalah satu kehilangan besar kepada parti. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka.

“Mangsa yang cedera akan menerima rawatan yang lebih baik,” kata Nara Lokesh, setiausaha agung TDP menerusi ciapan di Twitter.

The post Lapan maut terjatuh ke dalam longkang ketika perhimpunan politik appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *