Pada 11 Januari 1977, Utusan Malaysia melaporkan semua pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) akan diwajibkan mengikuti latihan kesatria mulai  bulan Jun tahun ini.

Pengarah ITM, Datuk Lokman Musa berkata, pelajar yang cacat atau yang tidak mendapat kelulusan daripada pakar perubatan bagaimanapun akan dikecualikan latihan tersebut.

Katanya, tujuan program itu adalah untuk menanam dan memupuk semangat disiplin dalam kalangan pelajar.

Antara peristiwa lain yang menarik

11 Januari 1971 – Sebanyak 17 buah sekolah di Bahagian Satu dan Dua di Sarawak mula menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam darjah satu.
11 Januari 1975 – Risalah-risalah komunis telah disebarkan di rumah-rumah sepanjang jalan raya Kampung Chempedak Dalam, Sentul oleh orang yang tidak dikenali.
11 Januari 1978 – Perdana Menteri, Tun Hussein Onn hari ini menegaskan undang-undang darurat di Negeri Kelantan belum boleh dibatalkan kerana keadaan ketenteraman masih belum memuaskan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Latihan kesatria diwajibkan ke atas pelajar ITM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *