MANILA: Sekurang-kurangnya 133 peguam terbunuh di Filipina sejak 1980-an dalam sejumlah serangan berkaitan kerja mereka dengan hampir separuh daripadanya terkoban dalam tempoh enam tahun lalu semasa era pentadbiran bekas Presiden Rodrigo Duterte.

Kesatuan Peguam Rakyat Kebangsaan menyatakan, serangan terhadap kumpulan peguam di negara ini juga masih berlaku di bawah pentadbiran presiden baharu, Ferdinand Marcos Junir yang dilantik pada Jun lalu.

Pada tahun lalu, Mahkamah Agung Filipina menyelar peningkatan pembunuhan dan ancaman terhadap peguam serta hakim, selain meminta kumpulan berkaitan menyediakan maklumat mengenai perkara tersebut yang berlaku dalam tempoh 10 tahun lalu untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik.

Kesatuan tersebut dalam persidangan yang berlangsung kelmarin mendedahkan, seramai 59 daripada 133 peguam terbunuh di negara ini ketika pentadbiran Duterte.

Kebanyakan kes pembunuhan itu belum selesai, selain penyerang juga tidak dapat dikenal pasti, selain kebanyakan peguam yang terkorban dibunuh kerana mewakili kumpulan aktivis dan pejuang hak asasi manusia.

Jurucakap kesatuan tersebut, Melai Pinlac berkata, ancaman terhadap golongan peguam semakin menjadi-jadi menerusi media sosial, selain mereka sering dilabelkan sebagai pengganas, komunis atau pemusnah. – AP

The post Lebih 100 peguam mati dibunuh di Filipina sejak 1980-an appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *