SINTOK:  Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyelesaikan itu penginapan membabitkan lebih 17,000 orang pelajar di Inapan Siswa (INASIS) iaitu sebelum kuliah bermula pada minggu ini.

Urusan penginapan pelajar lama iaitu Semester Kedua dan berikutnya dibuat sebaik sahaja pendaftaran dan penempatan pelajar baharu Semester Pertama Sesi 2022/2023 berjumlah 4,106 orang selesai mendaftar masuk di INASIS yang ditetapkan pada 11 Oktober lalu.

Dengan memberi penempatan kepada kesemua pelajar termasuk pelajar yang kini berada di Semester Kelapan dan berikutnya, atau dengan kata lain lebih dari empat tahun dari tempoh biasa pengajian, jelas menunjukkan UUM amat  prihatin dan cakna dengan kebajikan dan keselamatan pelajar universiti ini.

Untuk rekod, UUM mempunyai 15 kolej kediaman yang dikenali sebagai Inapan Siswa (INASIS) selain turut menyediakan kemudahan penginapan tambahan di kawasan Perumahan Sisiran Naib Canselor UUM, Perumahan Sisiran Sintok UUM, Perumahan Taman Universiti UUM dan rumah-rumah universiti yang ada di dalam kampus UUM kepada pelajar.

UUM juga telah menyediakan penempatan kepada 500 pelajar rayuan yang akan mula mendaftar pada 1 November 2022. Secara keseluruhannya, kesemua pelajar yang memohon penginapan iaitu seramai 17,708 orang telah memperoleh tempat penginapan di UUM.

Pengurusan universiti sentiasa memastikan keperluan pelajar dapat dipenuhi dan mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif. – UTUSAN

The post Lebih 17,000 pelajar UUM dapat penginapan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *