PETALING JAYA: Lebih dua juta kenderaan melalui tiga lebuh raya utama negara selepas pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT), Datuk Seri Mat Kassim Karim berkata, setakat pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 1.8 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

“Kira-kira 115,158 buah kenderaan dikesan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan 160,088 lagi di Lebuh Raya KL- Karak.

“Antara laluan lazimnya sesak ialah di pintu masuk utama ke pusat bandar seperti Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besai Besi dan Lebuh Raya Karak-Bentong dari arah Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur,” katanya semalam.

Menurut Mat Kassim, selain itu, berlaku pertambahan kenderaan di Lebuh Raya PLUS Slim River, Changkat Jering-Ipoh dan Lebuh Raya ELITE Shah Alam-Sepang-Nilai.

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak 1,312 kemalangan dicatatkan pada hari keenam Op Selamat melibatkan 1,603 kenderaan.

“Kemalangan kereta merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1,160 kes diikuti pacuan empat roda (210 kes) serta motosikal (184 kes).

“PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya agar memandu berhati-hati memandangkan musim hujan dan keadaan jalan yang licin,” katanya. – UTUSAN

The post Lebih dua juta pulang ke ibu negara, trafik sesak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *