IPOH: Seorang lelaki ditemukan terbaring tidak bernyawa di tepi sebuah rumah di Kampung Cik Zainal di Chemor dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dijumpa tidak sedarkan diri oleh jirannya pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati lelaki itu meninggal dunia dan terdapat kesan lebam pada muka dan badan.

“Kesan lebam pada muka dan badan si mati merupakan lebam mayat dengan anggaran masa kematian adalah lebih kurang 12 jam.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB pagi ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019. – UTUSAN

The post Lelaki ditemukan terbaring tidak benyawa di tepi rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *