JAKARTA: Seorang penduduk dari daerah Rancabungur di Bogor, Jawa Barat yang mengejutkan ramai penduduk setempat selepas hidup semula setelah diisytiharkan mati didapati sengaja berpura-pura demi menipu penduduk.

Lapor Kompas.com, lelaki yang dikenali sebagai Urip Saputra, 40, sebenarnya cuba mereka berita kematiannya dengan bantuan isterinya kerana mahu mengelak daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Bogor, AKBP Iman Imanuddin berkata, tipu daya Urip terbongkar selepas polis meminta keterangan daripada beberapa saksi ketika lelaki itu dibawa menaiki ambulans.

Menurut keterangan pemandu ambulan, Urip didapati masih hidup ketika dijemput di Jakarta Selatan dan menipu pemandu itu kononnya keranda yang akan dibawa ke dalam ambulan berkenaan adalah milik ahli keluarganya.

“Ketika pemandu ambulan itu beristirehat sebentar di kawasan berkenaan sebelum menghantar keranda tersebut, dia mendapati Urip sudah tidak ada di situ

“Ternyata Urip sudah menyusup masuk ke dalam keranda itu sebelum dimasukkan ke dalam ambulans,” jelas polis.

Polis berkata, isteri lelaki itu ada menyebut perihal masalah hutang yang membelenggu mereka ketika dalam perjalanan menghantar keranda tersebut.

“Setibanya di Rancabungur, pemandu ambulans itu terkejut apabila mendapati Urip berada di dalam peti yang dibawanya.

“Dia membeli keranda kosong di Jakarta Selatan atas alasan saudaranya meninggal dunia di Rancabungur. Jadi ia bukan dari hospital. Dia membeli keranda kosong itu sendiri dan kemudian menyewa ambulans,” jelas Iman.

Kisah Urip heboh diperkatakan apabila penduduk dan ahli keluarganya yang sudah bersiap sedia untuk majlis pengkebumian terkejut apabila melihat Urip masih hidup setelah keranda dibuka.

Video menunjukkan Urip bergerak-gerak dan masih bernafas ketika keranda dibuka ahli keluarga yang mahu melihatnya buat kali terakhir viral dan menjadi bualan warganet di Indonesia Jumaat lalu.

Menurut polis, siasatan akan diteruskan selepas Urip selesai mendapatkan rawatan.

The post Lelaki Indonesia berpura-pura mati mahu lari daripada hutang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *