KLANG: Seorang lelaki ditemukan lemas di kawasan sungai berdekatan Flat Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini, hari ini.

Mangsa berusia lingkungan 50-an itu ditemui bomba kira-kira satu kilometer daripada lokasi kehilangannya pukul 10.30 pagi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.34 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Berdasarkan maklumat saksi, lelaki itu dilihat terkapai-kapai di sungai berkenaan sebelum hilang daripada pandangan.

“Anggota bomba kemudian bertindak menyusuri sungai itu bersama Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, hasil penyelaman anggota PPDA berjaya menemui mangsa dan membawa ke darat.
“Proses pengesahan kematian kemudian dilakukan pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui dan operasi itu ditamatkan sepenuhnya pukul 1.42 petang. –UTUSAN

The post Lelaki lemas di sungai dekat Flat Permai Indah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *