NEW DELHI: Seorang lelaki membakar diri sehingga mati di selatan India sebagai bantahan terhadap cadangan kerajaan yang ingin menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa pengantar.

Bahasa tersebut sering diguna pakai oleh penduduk di bahagian utara India.

Bahasa juga merupakan isu sensitif di negara ini apabila terdapat ratusan dialek dan bahasa digunakan penduduk.

Berdasarkan bancian yang dilakukan pada 2011, kurang daripada separuh rakyat India bercakap dalam bahasa Hindi atau bersamaan 44 peratus.

Pada bulan lalu, seorang ahli Parlimen, Amit Shah mencadangkan supaya bahasa Hindi dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, termasuk dalam sektor pendidikan seperti perubatan dan kejuruteraan.

Cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada komuniti selatan yang kebanyakannya bertutur dalam bahasa Dravidian.

Menurut polis, lelaki yang dikenali sebagai MV Thangavel, 85, yang merupakan petani di Tamil Nadu membakar dirinya dengan menggunakan petrol dan minyak tanah.

Ketika membakar diri, lelaki itu sempat memegang papan sepanduk yang tertulis ‘Kerajaan Narendra Modi perlu berhenti menggunakan bahasa Hindi. Kenapa perlu pilih Hindi berbanding bahasa Tamil yang kaya dengan sejarah dan kesusasteraan? Ia akan menjejaskan masa depan generasi akan datang’. – AFP

The post Lelaki maut bakar diri, bantah Hindi dijadikan bahasa pengantar di India appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *