PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan semalam selepas bertindak memukul adik perempuannya kerana berang bau dan wap masakan telah masuk ke biliknya sehingga terasa bahang. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, pergaduhan berkenaan terjadi ketika adik perempuan mangsa sedang memasak di dapur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, bau dan wap masakan berkenaan telah masuk ke bilik suspek yang terletak bersebelahan dengan dapur.

Kata beliau, suspek kemudiannya telah keluar dari bilik dan menunjukkan protes dengan cara menutup pintu secara kuat sambil memaki hamun pengadu. 

“Suspek juga bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar di bahagian muka pengadu.

“Adik perempuannya berusia 24 tahun telah membuat rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan serta telah mengalami patah gigi hadapan akibat ditumbuk oleh abangnya itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd.Zaid, susulan daripada itu, satu laporan telah dibuat oleh adik perempuan suspek semalam.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah tangkap suspek di rumah mereka kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Oktober ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes, Inspektor K.Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

The post Lelaki pukul adik perempuan kerana berang bilik bau masakan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *