IPOH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan berkaitan curi baja sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Tanjung Piandang dekat Parit Buntar semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 40 tahun itu direman sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, pergaduhan antara dua lelaki berkaitan kes curi baja berakhir dengan kematian seorang daripada mereka dalam kejadian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang sekitar pukul 5 petang.

Mangsa berusia 47 tahun tahun itu dikatakan rebah di tepi jalan selepas bergaduh sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya. – UTUSAN

The post Lelaki terlibat pergaduhan berkaitan curi baja direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *