YANGON: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam letupan yang berlaku di sebuah penjara terbesar di ibu negara Myanmar.

Menurut penduduk tempatan, dua butir bom meletup di pintu masuk penjara Insein pada pagi tadi.

Insiden letupan itu menyebabkan tiga kakitangan penjara dan lima pelawat maut.

Sekurang-kurangnya 18 orang lagi cedera dalam kejadian itu.

Penjara Insein merupakan penjara paling besar di Myanmar yang menempatkan hampir 10,000 banduan, kebanyakkannya tahanan politik.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Wartawan BBC Myanmar melaporkan bom itu meletup di sebuah bilik pentadbiran di penjara berkenaan. – AGENSI/AFP

The post Letupan bom di penjara Myanmar: Lapan terbunuh, 18 cedera appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *