DOHA: Robert Lewandowski akhirnya meledak gol pertamanya di Piala Dunia selepas menjaringkan gol ketika pasukannya menentang Arab Saudi.

Jaringan itu sekali gus melengkapkan statusnya selaku penyerang prolifi yang menjaringkan gol di setiap kejohanan termasuk di peringkat kelab.

Bintang Barcelona dan bekas penyerang Bayern Munich itu menghukum kesilapan pertahanan Arab Saudi, Abdulelah Al-Malki untuk mudah menolak masuk mengatasi penjaga gol, Mohammed Al-Owais pada minit ke-82 bagi membolehkan Poland melakar kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi.

Lewandowski meraikan jaringan dengan berlari ke arah rakan sepasukan selepas akhirnya berjaya menjaringkan gol di Piala Dunia dalam penampilan kelimanya di kejohanan berprestij itu.

Terdahulu, Lewandowski, 34, turut memainkan peranan apabila mengumpan bola kepada Piotr Zielinski untuk jaringan pembukaan Poland pada minit ke-39.

“Saya fikir semakin berusia, semakin emosional. Saya sedar ia mungkin Piala Dunia terakhir dan saya mahu memastikan yang saya boleh mengatakan bahawa saya sudah bermain dan menjaringkan gol di Piala Dunia.

“Saya tidak gemar terlalu fokus kepada statistik individu kerana perkara paling penting adalah keputusan, tetapi kedua-duanya juga hebat,” katanya penyerang berumur 34 tahun itu.

Jaringan itu juga sekali gus menebus kekecewaan bekas pemain Bayern Munich itu yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Mexico pada aksi pembukaan Poland.

“Ia bukan mudah kerana kami tidak mempunyai banyak peluang dalam perlawanan pertama dan saya terlepas penalti. Saya gembira saya belajar daripada kesilapan dan sebagai kapten, saya gembira kami bermain dengan baik,” katanya

Kemenangan itu menyaksikan Poland hanya memerlukan satu mata pada aksi terakhir Kumpulan C menentang Argentina bagi mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati-AGENSI

The post Lewandowski lengkapkan status penyerang prolifik appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *