LONDON: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengakui, pasukannya bernasib baik tidak kalah ketika menentang Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Reds menang 2-1 di Anfield, namun tidak menjaringkan gol dalam perlawanan itu kerana kedua-dua jaringan ‘disumbangkan’ pemain lawan, Wout Faes.

Kiernan Dewsbury Hall meng­hukum kerapuhan benteng ­Li­verpool dengan meletakkan pasukan pelawat di depan ­seawal minit keempat.

Bagaimanapun, Faes secara tidak sengaja menghadiahkan kemenangan liga keempat berturut-turut buat Reds dengan ­menjaringkan dua gol sendiri.

Bek tengah Belgium itu menghadiahkan gol pertama ketika cuba menendang keluar bola hantaran silang Trent Alexander-Arnold pada minit ke-38.

Dia melakukan kesilapan ­lebih besar untuk gol kedua kerana rembatan Darwin ­Nu­nez pada mulanya ter­kena tiang tetapi Faes pula yang menendang bola ke gawang ketika mahu mengeluarkannya.

PENJAGA gol Leicester City, Danny Ward (kanan) hanya mampu melihat bola jaringan rakan sepasukan, Wout Faes menerjah ke gawang sendiri ketika menentang Liverpool di Anfield semalam. – AFP

Kemenangan yang dilakar di depan penyerang baharu mereka, Cody Gakpo itu meletakkan Reds hdua mata di belakang Tottenham yang menduduki tangga keempat, iaitu slot terakhir ke Liga Juara-Juara.

“Kami sangat lemah hari ini tetapi yang bagusnya kami berjaya mendapatkan tiga mata. Amat penting untuk meme­na­ngi perlawanan seperti ini.

“Sekarang kami perlu pulih, bertambah baik dan bersedia berdepan Brentford pada Isnin.

“Kami cuba masuk ke dalam permainan, ia tidak cukup bagus dan kami semua tahu itu. Terdapat banyak perkara yang perlu kami perbaiki.

“Ada masanya kami mungkin terlalu cepat dan kemudian kehilangan bola dan permainan terlalu terbuka.

“Leicester bermain baik tetapi kami berjaya mendapatkan tiga mata,” kata Van Dijk. – AGENSI

The post Liverpool bernasib baik tidak kalah – Van Dijk appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *