PETALING JAYA: Lokasi skrin besar membabitkan aksi skuad Harimau Malaya menentang Thailand Sabtu lepas tidak membabitkan sebarang pertimbangan politik. 

Perkara itu dijelaskan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi. 

“Tiada pertimbangan politik dalam lokasi skrin besar. Cadangan penganjuran ini melibatkan lesen hak siaran, dimuktamadkan Kementerian Belia dan Sukan pada 6 Januari (notis dalam masa yang singkat). 

“Negeri-negeri yang bekerja pada 6 Januari (Jumaat) bersedia dan mula gerak kerja dalam 24 jam untuk pelaksanaan segera,” jelasnya. 

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini menyediakan 14 skrin besar tayangan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF itu di seluruh negara.

Bagaimanapun, beberapa pihak mempertikai inisiatif itu yang tidak disediakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang mana kini ditadbir pihak pembangkang. –UTUSAN

The post Lokasi skrin besar dipilih tanpa pertimbangan politik – Hannah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *