KULIM: Pelumba Belgium, Lionel Taminiaux mengambil risiko melakukan pecutan solo pada 15 meter (m) terakhir untuk mengungguli peringkat kelima, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari dari Kuala Kangsar ke Kulim sebentar tadi.

Mewakili pasukan Alpecin-Deceuninck, pelumba berusia 26 tahun itu berjaya mengetepikan pencabar terdekat, Julius van den Berg (EF Education-EasyPost) dan Carter Bettles dari Ara Pro Racing Sunshine Coast.

Ini adalah kemenangan ketiga Taminiaux dalam kariernya selepas muncul juara Trophee Harmonie Mutuelle (2019) dan juara peringkat keempat Grand Prix des Hauts de France tahun ini.

“Ia satu perjudian untuk melakukan pecutan terakhir secara solo dan pada 15m terakhir, namun saya berjaya mengawal kayuhan dengan baik untuk muncul juara.

“Ia memang sukar tapi semuanya berjalan lancar. Walaupun kami berpeluang untuk muncul juara sejak peringkat pertama lagi, begitu juga peringkat kedua  tetapi kami terlepas.

“Semalam Jakob (Mareczko) menang. Hari ini saya mengambil peluang dan semuanya berjalan dengan lancar,” kata Taminiaux.

Selepas melengkapkan peringkat kelima sejauh 172 kilometer (km), esok pelumba akan beralih ke perlumbaan yang lebih pendek dari George Town ke Alor Setar dengan jarak 120.4km. – UTUSAN ONLINE

The post LTdL 2022: Taminiaux tawan peringkat kelima appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *