SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) anjur program agihan barang percuma kepada asnaf dan penduduk berpendapatan rendah dalam kumpulan B40 di ibu pejabatnya di Seksyen 13, di sini, esok.

LZS dalam kenyataannya memberitahu, program Free Market bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari itu menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, perkakas elektrik dan mainan yang merupakan sumbangan orang ramai.

“Ini merupakan acara tahunan sejak beberapa tahun lalu namun terhenti ketika penularan wabak Covid-19. LZS sebagai pusat bantuan dan segala barangan disumbang oleh penduduk,”katanya.

Jelasnya lagi, tawaran barangan tersebut adalah untuk orang ramai namun LZS mengutamakan golongan asnaf. 

Katanya lagi, orang ramai yang mahu mendapatkan barang percuma tersebut digalakkan meminta izin dan mengambil sekadar yang perlu sahaja.

“Individu yang berminat menyumbang barangan keperluan boleh menghubungi talian 01123251159 dan 0133326262,” ujarnya. – UTUSAN

The post LZS agih barang percuma esok untuk B40 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *