PETALING JAYA: “Minta maaf ya, saya belum bersedia untuk berkongsi soal peribadi. Insya-Allah, bila tiba masanya dan sudah bersedia, saya akan kongsikan.”
Itu jawapan pelakon, Intan Najuwa tatkala diasak soalan berhubung dakwaan kononya dia sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus Datuk, baru-baru ini
Jelas pelakon itu, dia lebih senang untuk mengunci mulut untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi tidak benar bertebaran di media sosial dan mencemarkan nama baiknya.
“Saya perlu jaga kisah peribadi sendiri. Itu adalah cara untuk mengelakkan masyarakat di luar sana berkata yang bukan-bukan dan tidak baik terhadap saya, keluarga dan orang di sekeliling.
“Banyak saya belajar daripada pengalaman sebelum ini. Setiap satu itu mematangkan saya. Jadi, saya minta sangat untuk kalian doakan yang baik-baik sahaja. Terima kasih ya,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon Kekasih Paksa Rela itu menafikan dia trauma dengan kontroversi sebelum ini sehingga dia mengambil keputusan untuk mengunci mulut.
“Saya tidak trauma. Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman. Seperti yang saya cakap, saya banyak belajar. Lebih baik saya diam,” ujarnya.
“Jangan risau, bila tiba jodoh (kahwin), saya akan umum dan jemput semua. Sebab benda baik. Saya pun tak nak ikat lama-lama (tunang),” kongsinya.
Untuk rekod, pelakon itu pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun terputus di tengah jalan disebabkan tiada persefahaman.
The post Maaf, saya perlu jaga kisah peribadi sendiri – Intan Najuwa appeared first on Utusan Malaysia.