PONTIAN: ‘Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai hai pecah tembelang”. Itu antara lirik lagu filem Madu Tiga yang sentiasa diingati ramai penggemar filem tersebut.

Namun itu bukan prinsip hidup Roihan [email protected], 60, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ketiganya pada 17 Januari lalu dengan restu dan izin kedua-dua isterinya.

Lebih mesra disapa Roy, dia telah memilih seorang ibu tunggal, Izanarilah Mohammad, 51, yang dikenali menerusi grup WhatsApp JDT selama empat tahun, namun hanya rapat sejak awal Januari ini.

Sebelum ini, Roy telah menikah dengan isteri pertama, Enah Sirin, 55, pada tahun 1985 dan isteri kedua, Melati Mohd. Hussein, 40, pada 2012.

Katanya, Izanarilah yang mempunyai enam orang anak merupakan peniaga kedai makan di Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang, manakala isteri pertama, suri rumah sepenuh masa dan isteri kedua, seorang guru agama.

“Semasa saya mengambil ke­putusan untuk berkahwin kali kedua, isteri pertama yang telah merisik bakal madunya, begitu juga perkahwinan kali ketiga, mereka berdua pula yang menga­turkan majlis pertuna­ngan kami.

“Saya tiada sebarang ilmu pengasih atau pemikat wanita, yang penting adalah kejujuran, tidak menipu dan ikhlas sewaktu menyatakan hasrat menambah isteri,” kata pemandu lori sawit itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, bagi mengelakkan rasa tidak puas hati, keizi­nan untuk berkahwin diuruskan oleh peguam syarie iaitu pihak Mahkamah Syariah telah memanggil isteri pertama bagi mendapatkan persetujuan.

Hasil perkahwinan pertama, dia telah dikurniakan dua anak perempuan yang kini berusia 29 dan 32 tahun, manakala dengan isteri kedua mendapat dua anak lelaki berusia empat dan lapan tahun.

Roy yang telah mempunyai tiga orang cucu berkata, isteri pertama dan kedua tinggal di rumah berhampiran di Kampung Parit Sulaiman, Ayer Baloi, manakala isteri ketiganya pada masa ini akan terus tinggal di Pekan, Pahang bersama anak-anaknya. –UTUSAN

The post Madu tiga: Roy ada caranya appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *