JAKARTA: Satu kekecohan berlaku, menyaksikan orang ramai saling membaling kerusi semasa Majlis Pembukaan Musyawarah Pimpinan Nasional Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) di Universiti Islam Negeri (UIN) Sayyid Ali Rahmatullah di Tulugangung, Jawa Timur.

Berdasarakan video yang tular, kekecohan itu berlaku ketika Timbalan Menteri Agama, Zainut Tauhid Saadi menyampaikan ucapan bagi mewakili Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Ketika ucapan dibacakan, para peserta mula melakukan aksi protes sehingga berlakunya aksi membaling kerusi.

Dalam ucapan tersebut, Zainut bermula dengan menyapa para tetamu yang hadir dan terpaksa berhenti apabila keadaan mula menjadi tegang.

Dalam pada itu, jurucakap polis Tulugalung, Muhammad Anshori berkata, insiden tersebut berlaku kerana para peserta ingin berjumpa dengan tokoh yang hadir dalam majlis tersebut.

“Pada mulanya, hanya wakil pelajar sahaja yang ingin berjumpa dengan seorang daripada tetamu yang hadir, sebelum para pelajar lain juga menyatakan hasrat yang sama.

“Berlaku pertengkaran sesama mereka sehingga menyebabkan kekecohan tercetus sehingga ada yang membaling kerusi,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Tidak lama kemudian, situasi kembali stabil dan majlis itu berjalan lancar.

The post Mahasiswa bergaduh, baling kerusi ketika program musyawarah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *