SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi membantu pesakit mental menerusi operasi Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar.

Kesemua jumlah itu meliputi peruntukan asnaf riqab di bawah majlis berkenaan.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, objektif utama pihaknya bertujuan membantu pesakit kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti insan normal.

Kata beliau, seramai 134 individu golongan itu telah disantuni pihaknya sehingga tempoh bulan lalum

“Usaha menerusi kerjasama Mental Health Foundation itu dalam bentuk  latihan dan kursus di beberapa Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.

“Khidmat kaunseling yang selaras dengan kehendak syarak juga penting dalam membantu isu kesihatan mental tanpa kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Abdul Aziz merasmikan penutupan Simposium Kesihatan Mental Dalam Perspektif Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan di Cyberjaya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor, Tan Sri Hashim Meon.

Program itu disertai seramai 200 peserta melibatkan wakil Rumah Pemulihan Riqab, Mental Health Foundation, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan Jakim.-UTUSAN

The post MAIS peruntuk RM2 juta usaha tangani kesihatan mental appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *