KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului Maldives 1-0 pada 45 minit pertama saingan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Gol Harimau Malaya terhasil menerusi penyerang negara Darren Lok pada minit ke-24 selepas bijak memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Maldives untuk gol pertama Malaysia.

Pada separuh pertama, Harimau Malaya yang diketuai kapten, Safawi Rashid lebih menguasai permainan dengan melakukan beberapa asakan pada awal babak pertama.

Penjaga gol negara, Syihan Hazmi lebih banyak berehat selepas jentera tengah dan bentang pertahanan berjaya mematahkan gerakan-gerakan yang direncanakan Maldives.- UTUSAN ONLINE

The post Malaysia dahului Maldives 1-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *